Isnin, 20 April 2009

TAHNIAH ! TEAM BOLA TAMPAR SMKRP 2009

Tahniah kepada pasukan bola tampar SMKRP 2009 menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Larut Matang Dan Selama 2009 yang diadakan di Aulong, Taiping. Tewas 1-2 kepada Maahad Tarbiyyah Islamiyyah, Batu 8 Trong.

Naib Johan Bola Tampar Lelaki MSSD LMS 2009


Atas dari kiri :Zamri, Akmal, Rahifin (jurulatih), Bakhtiar ( pengurus), Aiman,Duan dan Rahmat.
Bawah dari kiri : Zulkili, Radhi, Pak Long, Nawi dan Nazrin

Projek Ternak Puyu Bermula

Projek ternak ikan puyu dengan kerjasama Sdr Rahim ( Guru Sains Pertanian SMKRP ) telah bermula pada Feb 2009 lalu. Proses membina sangkar bermula dengan mencari tong kosong 20 liter di Prai, membeli pukat di Kuala Sepetang, membeli kayu di Batu Kurau dan akhirnya sangkar terapung berukuran 6X10 kaki ( 4 ruang ) siap dengan jayanya. Tanggal 14 Mac 2009 ( 12.45 pagi ) sebanyak 5,000 ekor benih puyu dimasukkan ke dalam sangkar terapung kolam tanah. Ucapan terima kasih kepada rakan bersekutu Rahim, Hj Manan, Rahifun, Bahari, Usop, Azis yang telah memberi idea dan tenaga untuk permulaan projek ini.


Bersama Usop sebelum benih dimasukkan


Proses menurunkan benih ke sangkar




Benih dimasukkan


Bentuk kolam puyu sangkar terapung






Ikan puyu berusia 10 hari dalam sangkar

Anakku ( Abdullah Suhail ) pengikut setia ke kolam

Rabu, 3 Disember 2008

Temuduga Pelajar Baru 1430H Pondok Al Mustaqim

01 Muharram 1430H tarikh untuk temuduga pelajar baru pondok, sehingga kini terdapat 20 permohonan daripada masyarakat setempat untuk belajar dipondok ini, mengikut Mudir Pondok Al Mustaqim Ust Wan Fakhrulradhi Wan Abdullah, kekosongan tempat pengajian hanya terhad kepada 10 orang sahaja menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 60 orang.

Pentadbir Pondok Al Mustaqim Ke Mekah

11.00 pagi 29 Nov 2008, Pengerusi Madrasah As Siratol Mustaqim Sdr Abdul Manan beserta isteri dan Sdr Abdul Muin Ismail bersama isteri merangkap Setiausaha Pondok berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji tahun ini. didoakan beroleh haji Mabrur.

Khamis, 29 Mei 2008

Mencandat Sotong XXXL

Musim cuti sekolah memberi peluang kepada semua untuk memanfaatkan cuti sebaik mungkin, bagi ambe selain melangsaikan tugasan memeriksa kertas peperiksaan pelajar, ambe luangkan masa sehari semalaman untuk mengikut nelayan mencandat sotong di perairaan Laut China Selatan, perjalanan bermula jam 4 ptg pada 27 Mei 2008 di jeti Ulu Takir, Kuala Terengganu. Bot laut dalam milik Ayah Mat yang berharga hampir RM150 ribu cukup selesa dilengkapi dengan GPS serta alatan canggih membayangkan bahawa nelayan juga mengikuti arus kemodenan teknologi. Jam 7.00 ptg ambe bersama tekong bot Ayah Mat serta tiga orang anak beliau Abang Dan, Hafiz dan Faizan berlabuh berhampiran Pulau Bidong. Selepas solat Mahrib bermulalah pesta mencandat. Semalaman kami diperairan berhampiran Pulau Bidong dengan tiga kali berubah tempat, masing-masing berjaya menaikkan sotong bersaiz XXL.

Gelombang serta arus yang deras sedikit sebanyak menghadkan tangkapan sotong. Keesokan harinya selepas solat Subuh kami bertolak pulang ke jeti Ulu Takir dengan tangkapan keseluruhan hampir 20 kilo. Bagi ambe, pengalaman mabuk dan muntah di perairan tidak mematahkan semangat untuk kembali semula ke laut untuk aktiviti mencandat, memancing dan sebagainya.

Selasa, 27 Mei 2008

Mencari sahabat lama

Usia semakin meningkat, terkenang ranjau hidup suka duka bersama sahabat, namun faktor masa dan keadaan memisahkan semua, ambe mencari semua sahabat lama yang telah terputus hubungan, moga pertemuan dan perhubungan semula mengeratkan ukhuwwah kita.. Semua sahabat di ;
  1. Maktab Mahmud Alor Star, Kedah
  2. MPIP, Hulu Kinta, Perak. ( unit G 89/91 )
  3. Sandakan, Sabah ( 91- 96 )
  4. KDPK MPIP ( 97/98 )
  5. Fakulti Pendidikan, UKM (98-2000)

sesiapa yang mengenali diri ini sila hubungi bakhtiar_muslim@yahoo.com. Untuk makluman semua, pada Tahun Baru Cina 2008 yang lalu, ambe telah bertemu dengan salah seorang kawan semasa di SRJK ( C ) Ching Chong, Semeling bernama Ang Woi Ann ( Ahli Perniagaan ) yang terpisah sejak 1978 ( 30 tahun !!!!!!!). Agama dan bangsa bukanlah penghalang kepada erti sebuah persahabatan.

Jumaat, 23 Mei 2008

Cuti pertengahan tahun 2008 bermula......

Cuti-cuti Malaysia......, jalan-jalan cari makan......
Cuti pertengahan tahun akan bermula pada 24 Mei hingga 8 Jun 2008, seronok dan gembira bagi pelajar setelah penat lelah persekolahan 5 bulan, bagai calon peperiksaan awam, tentu ada perancangan dari guru dan ibu bapa untuk mengisi ruangan cuti semaksimum mungkin. Ibu bapa membuat perancangan rapi tentang budget sepanjang cuti, ibubapa selain dari perkhidmatan pendidikan tercongak untuk mengambil cuti seiring dengan cuti persekolahan. Apapun, samada pelajar, ibubapa, pendidik , bersama kita menjaga , menasihati ,mengawasi dan menjaga keselamatan diri sepanjang cuti. Selamat bercuti.....