Khamis, 29 Mei 2008

Mencandat Sotong XXXL

Musim cuti sekolah memberi peluang kepada semua untuk memanfaatkan cuti sebaik mungkin, bagi ambe selain melangsaikan tugasan memeriksa kertas peperiksaan pelajar, ambe luangkan masa sehari semalaman untuk mengikut nelayan mencandat sotong di perairaan Laut China Selatan, perjalanan bermula jam 4 ptg pada 27 Mei 2008 di jeti Ulu Takir, Kuala Terengganu. Bot laut dalam milik Ayah Mat yang berharga hampir RM150 ribu cukup selesa dilengkapi dengan GPS serta alatan canggih membayangkan bahawa nelayan juga mengikuti arus kemodenan teknologi. Jam 7.00 ptg ambe bersama tekong bot Ayah Mat serta tiga orang anak beliau Abang Dan, Hafiz dan Faizan berlabuh berhampiran Pulau Bidong. Selepas solat Mahrib bermulalah pesta mencandat. Semalaman kami diperairan berhampiran Pulau Bidong dengan tiga kali berubah tempat, masing-masing berjaya menaikkan sotong bersaiz XXL.

Gelombang serta arus yang deras sedikit sebanyak menghadkan tangkapan sotong. Keesokan harinya selepas solat Subuh kami bertolak pulang ke jeti Ulu Takir dengan tangkapan keseluruhan hampir 20 kilo. Bagi ambe, pengalaman mabuk dan muntah di perairan tidak mematahkan semangat untuk kembali semula ke laut untuk aktiviti mencandat, memancing dan sebagainya.

Selasa, 27 Mei 2008

Mencari sahabat lama

Usia semakin meningkat, terkenang ranjau hidup suka duka bersama sahabat, namun faktor masa dan keadaan memisahkan semua, ambe mencari semua sahabat lama yang telah terputus hubungan, moga pertemuan dan perhubungan semula mengeratkan ukhuwwah kita.. Semua sahabat di ;
  1. Maktab Mahmud Alor Star, Kedah
  2. MPIP, Hulu Kinta, Perak. ( unit G 89/91 )
  3. Sandakan, Sabah ( 91- 96 )
  4. KDPK MPIP ( 97/98 )
  5. Fakulti Pendidikan, UKM (98-2000)

sesiapa yang mengenali diri ini sila hubungi bakhtiar_muslim@yahoo.com. Untuk makluman semua, pada Tahun Baru Cina 2008 yang lalu, ambe telah bertemu dengan salah seorang kawan semasa di SRJK ( C ) Ching Chong, Semeling bernama Ang Woi Ann ( Ahli Perniagaan ) yang terpisah sejak 1978 ( 30 tahun !!!!!!!). Agama dan bangsa bukanlah penghalang kepada erti sebuah persahabatan.

Jumaat, 23 Mei 2008

Cuti pertengahan tahun 2008 bermula......

Cuti-cuti Malaysia......, jalan-jalan cari makan......
Cuti pertengahan tahun akan bermula pada 24 Mei hingga 8 Jun 2008, seronok dan gembira bagi pelajar setelah penat lelah persekolahan 5 bulan, bagai calon peperiksaan awam, tentu ada perancangan dari guru dan ibu bapa untuk mengisi ruangan cuti semaksimum mungkin. Ibu bapa membuat perancangan rapi tentang budget sepanjang cuti, ibubapa selain dari perkhidmatan pendidikan tercongak untuk mengambil cuti seiring dengan cuti persekolahan. Apapun, samada pelajar, ibubapa, pendidik , bersama kita menjaga , menasihati ,mengawasi dan menjaga keselamatan diri sepanjang cuti. Selamat bercuti.....

Khamis, 22 Mei 2008

Buletin Sukan SMK Redang Panjang

Sambutan Hari Guru 2008 telah diraikan secara meriah, perhimpunan, bacaan perutusan, sukaneka dan pertandingan pingpong telah dijalankan. En Khairul Anuar berjaya merangkul johan pingpong manakala Ust Ahmad Bakhtiar memberi tentangan sengit untuk mendapat Naib Johan.

Kursus Perealisasian Item Tasawwur Islam 2008

Kursus akan dijalankan bermula Julai 2008 untuk seluruh guru Tasawwur Islam seluruh Malaysia

17 Mei 2008

selamat hari guru

Guru,
kau dian yang tetap setia menabur bakti,
menerangi hidup anak bangsa,

Guru,
sedikit pun tidak kau minta jasa dan pengorbananmu dibalas,
kerana niatmu ikhlas,
pintamu bukan wang ringgit,
cuma secebis harapan agar perjuanganmu,
dikenang dan dihargai sepanjang hayat.

Guru,
kau penyuluh hidup, pembentuk peribadi,
pemimpin hari muka,
mentadbir negara tercinta.

Guru,
setiap ajaran dan nasihatmu,
akan selamanya menjadi panduan hidup
buat kami semua.

'SELAMAT HARI GURU'
BUAT: SEMUA PENSYARAH DAN GURU LEPASAN
MAKTAB PERGURUAN IPOH PERAK. ( UNIT G - 1989/91 )